BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

playlist from notty person...^^

Saturday 3 December 2011

_Soutun Nadwah 20o7 in my memory~_

13 November 2011
Ahad


‘kenapa aku susah sangat nak jumpa kawan dan sahabat macam korang semua? aku…aku rindu sangat dengan korang semua’ rintih hati kecil ini.

Air mata jatuh satu per satu membasahi pipi. Segala kenangan kembali diingatan. Diimbas seperti dari satu slight ke satu slight. Semakin lama semakin lebat air mata membasahi pipi. Hati meronta-ronta menahan rasa sebak didada. Disini,aku kesunyian tanpa adanya siapa-siapa. Dari sem 1 sehingga 4 aku masih belum dapat berjumpa dengan kawan dan sahabat seperti sahabat-sahabatku Soutun Nadwah. Itupun hanya tinggal aku dan zati sahaja yang masih berada disini. Namun,dia tinggal di luar bersama kakaknya. Kadang-kadang hati ini ada rasa cemburu apabila melihat orang lain gembira bersama-sama rakan-rakan mereka. Dan ia membuatkan hati bertambah sayu dan hati sering berbicara

‘alangkah seronok dan gembiranya hati ini jika kita sentiasa bersama-sama macam waktu 2007’ rintih hati kecil ini.

Aku benar-benar merindui saat-saat kenangan yang paling terindah pada tahun 2007. Jika aku diberikan peluang untuk kembali ke zaman dahulu,tahun pertama yang akanku pilih ialah tahun 2007. Dimana tahun itulah merupakan 1001 kenangan manis dan pahit yang pernah ku lalui sepanjang hidupku. Aku amat-amat merindui akan semua kenangan itu. Pada tahun itu jugalah aku mengenali akan apa itu erti persahabatan yang sejati. Sahabat yang sejati akan kekal sepanjang hidup kita. Ya!sahabat juga merupakan sebahagian daripada hidup kita melainkan keluarga kita.


Imbasan kembali…
Tahun 2007
Sk.Parit Raja,Pt.Raja

Aku dan rakan-rakan seperjuangan masuk ke dalam dewan sekolah tersebut. Kami duduk dibahagian belakang kerana,tempat duduk yang disediakan tidak mencukupi. Oleh itu,kami mengambil keputusan untuk berdiri dibelakang. Ada yang keletihan bercangkung,manakala,senior-senior mahupun junior kami duduk di sebelah kanan kami. Hanya guru pembimbing kami sahaja yang duduk dan dikelilingi oleh beberapa orang rakan-rakanku. Manakala,disebelah kiri kami pula terdapat sebuah sekolah yang amat-amat kami kenali sedang khusyuk menjual cd-cd rakaman mereka. Sekolah yang sering menjadi saingan buat kami didalam penyertaan ini iaitu Nasyid. Sekolah tersebut ialah Smk.Tun Ismail. Sekolah yang boleh dikatakan menjadi saingan buat kami didalam arena Nasyid peringkat sekolah-sekolah menengah. Hal ini demikian kerana,antara kumpulan-kumpulan nasyid yang sering menjadi tumpuan diperingkat ini ialah sekolah kami,Smk.Tun Ismail serta Smk.Tun Aminah. Ketiga-tiga buah sekolah inilah yang sering menjadi buah mulut bagi sekolah setiap kali pertandingan nasyid ini dijalankan.
Kami duduk dibelakang. Nak taknak kenalah bercangkung beramai-ramai. Tatkala,kami sedang bercangkung dan berbual-bual mata kami sempat menjeling kearah budak nasyid STI. Alangkah terkejutnya kami kerana melihat mereka sedang mentertawakan kami semua kerana terpaksa duduk disitu. Kami hanya mendiamkan diri. Walhal didalam hati ingin sahaja kami ajar semua budak-budak itu. Namun,kami niat kami yang hanya ingin berdakwah membuatkan hati masng-masing terus mengawal perasaan. Tibalah,pengumuman bakal pemenang bagi setiap pertandingan. Tatkala,pengumuman bagi pertandingan nasyid diumumkan,aku dan kesemua rakan-rakanku mula berasa berdebar-debar. Dan masing-masing berdiri daripada bercangkung. Hati mula berdebar-debar menantikan keputusan yang bakal diumukan sebentar lagi. Tempat ketiga mula diumumkan.

“tempat ketiga jatuh kepada……Smk.Datuk…”

Belum sempat juri menghabiskan kata-katanya,budak-budak Nasyid STI mula memandang tepat kearah kami dengan melirikkan senyuman sinis. Kami hanya mendiamkan diri dan terus berkumpul bersama-sama. Ketua kumpulan yang telah dilantik oleh guru pembimbing kami hanya meminta kami beristifar bersama-sama. Maka,kami hanya menurut dan mulut terus berkumat kamit membaca istifar.

“Smk.Datuk…Syed!!”

Suara menjadi riuh rendah didalam dewan. Tepukan diberikan kepada para pemenang. Namun,kami tidak berhenti daripada beristifar. Kami berpegangan tangan untuk menghilangkan rasa takut. Tiba-tiba,satu suara yang datangnya disisi kanan kami berkata,

“jangan risau. Kamulah juara.” Katanya lembut.

Kami menoleh ke arahnya. Ternyata dia adalah penjaga masa tatkala,pertandingan sedang dijalankan. Namun,kami hanya mampu tersenyum kepadanya. Mengeleng tidak mengiakan pun tidak. Malah,hanya bercelaru sama ada ingin mempercayainya ataupun tidak.

“betul!percayalah. kamu semua adalah johan. Kalau benar awak kena cium saya nanti.” Katanya lagi sambil memberikan satu senyuman lembut kepada kami.

Kami hanya tersenyum kelat. Tibalah pengumuman bagi pemenang kedua diistiharkan.

“dan Naib Johan disandang oleh…Smk…”

Belum sempat juri menghabiskan kata-katanya. Kami sempat menjeling kearah STI. Mereka masih memandang kami dengan senyuman sinis. Kami yakin didalam hati mereka berkata kamilah yang akan merangkul gelaran tersebut. Tiba-tiba juri mengumunkannya dan

“Smk.Tun Ismail!!!” 

Kami semua melonjak keriangan tatkala mendengarnya. Senior-senoior mahupun junior kami turut melonjak kegembiraan yang tidak terhingga. Budak-budak nasyid STI hanya tersenyum kelat dan ada yang menunduk malu akibat perlakuan mereka. mereka terus berjalan menuju ke pentas untuk mengambil hadiah. Namun,kami hanya tersenyum melihat kelakuan mereka. Walaupun impian kedua kami termakbul kerana STI jatuh namun,hati yang masih lagi berdebar-debar menanti-nanti akan keputusan yang menyatakan adakah benar kata-kata insan itu kami merangkul Johan bagi pertandingan tersebut. Adakah ianya benar? Apabila pemenang kedua telah selesai mengambil hadiah. Tibalah pengumuman bagi pemenang yang meyandang Johan didalam Pertandingan Nasyid Anti Dadah Pada Tahun 2007. Suasana senyap membuatkan kami semua semakin berdebar-debar menantikan keputusannya. Tangan yang digengam masih lagi tidak terlepas.

“dan Johan bagi Pertandingan Nasyid Anti Dadah Pada Tahun 2007,disandang oleh……Smk…Datuk Menteri!!!” jerit juri didalam pembesar suara.

Jeritan itu membuatkan suasana menjadi riuh rendah dengan pukulan Congga yang dimainkan oleh senior-senior dan junior kami. Pukulan Congga diiringi dengan pukulan Gong dari kumpulan dikir dan diiringi dengan jeritan daripada kumpulan tersebut. Kami menangis sambil berpelukan sesama sendiri. Dan kumpulan Shoutul Abrar dari STI hanya tersenyum kelat sambil melihat kelakuan kami yang terlonjak kegembiraan. Namun,kami lansung tidak menghiraukannya.

“kan saya dah cakap. Nanti lepas ambil hadiah sorang-sorang kena cium saya.” Kata juri masa itu diiringi dengan ketawa kecil. 

Kami hanya tersenyum kearahnya dan mengucapkan ribuan terima kasih keatas maklumat yang diberikan kepada kami sebentar tadi. Dan kami terus menuju kearah pentas dengan diiringi tepukan gemuruh yang diberikan oleh setiap peserta dari setiap pertandingan. Tatkala,kami ingin menuju ke pentas. Kesemua budak nasyid Shotul Abrar mengambil peluang dengan mengucapkan taniah kepada kami. Kami hanya tersenyum dan menuju ke pentas untuk mengambil hadiah. Air mata masih lagi jelas kelihatan membasahi pipi masing-masing. Selesai mengambil hadiah kami turun dan kembali ke tempat tersebut. Pada awalnya,kami ingin  mencari cikgu tersebut dengan harapan ingin menunaikan permintaannya tadi namun,hampa kerana guru tersebut telah pergi. Namun,kami berjalan dan terus mendapatkan guru pembimbing kami yang sedang duduk tidak jauh daripada kedudukan kami. Kami menangis dan memeluk dirinya. Mulut kami tidak henti-henti menyatakan ribuan terima kepadanya diatas segala tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang kami bersamanya. Dia hanya menangis kerana,melihat kejayaan yang telah kami perolehi diatas usaha yang telah dilakukan bersama-sama. Dalam masa yang sama,dia sempat berseloroh dengan kami.

“siapa suruh korang johan? Habislah aku nanti.” Katanya sambil teresak-esak.

Kami hanya tertawa kecil mendengarnya. Senior-senior dan junior kami menghampiri dan mengucapkan tahniah kepada kami. Kami hanya tersenyum dan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka kerana telah memberikan tunjuk ajar kepada kami. Mereka hanya membalas dengan senyuman sahaja kepada kami.


Asrama KUIS,Bangi
13 November 2011

‘Alangkah seronoknya jika kita sentiasa bersama-samakan. Tapi,tak. Kita semua dah bawak haluan masing-masing. Hanya aku dan zati sahaja yang masih tetap bersama-sama. Bilah pun dah nak graduate. Hmmm……’ bisik hati kecil ini sambil keluhan berat yang kedengaran dimulut ini.

‘aku harap…benar-benar berharap…agar suatu hari nanti kita akan dapat berkumpul bersama-sama seperti mana dahulu kita sentiasa bersama-sama yek sahabat-sahabatku.’ Bisik hati kecil ini.